Monday 3 January 2011

Berhenti kerja?


Kimi sebenarnya dah luahkan perasaan kami dekat MF tentang perkerjaan kimi, tapi kimi tetap nak luahkan perasaan kimi dekat diari kimi ini. Sebenarnya kimi tak berapa suka dengan jawatan yang kimi jawat sekarang ini. Namun, disebabkan kimi terpaksa, kimi terima ajelah, tu yang memikirkannya antara nak teruskan ataupun berhenti aje. Tapi bila kimi pikir balik apa kata biar 3 bulan ini. Kalau kimi tak suka gak mungkin kimi terpaksa berhenti aje.

Sampai sekarang kimi, masih hairan kenapa setiap interview yang kimi pergi, mesti diaorang tawarkan marketing erm pelik gak dan kepelikan itu masih menjadi misteri bagi kimi sampai sekarang. Kimi sedar agak sukar untuk mencari berkerjaan tapi cuba korang fikir kalau kita buat benda yang kita tak suka mesti akan membuat benda itu jadi lunyaikan.



Kimi tak tahulah kenapa kimi suka sangat kalau dapat menjawat sebagai pengawai pentadbir (Administration) ataupun kerani (Clerk), erm malangnya di Malaysia ini kebanyakkannya kerani dan pengawai pentadbir ini di jawat oleh kaum wanita dan begitu sedikit di jawat oleh kaum adam. Untung sungguh perempuan kalau nak cari kerja. So, kaum hawa sila berasa untung ya.



KIMI TAK TAHU NAK BUAT APA SEKARANG INI,
MELAINKAN CUBA DAHULU UNTUK 3 BULAN INI
(LAGI PUN 3 BULAN TU, TEMPOH PERCUBAAN)
KALAU KIMI DIBERHENTIKAN PUN NAK BUAT MACAM MANA,
TAPI KIMI DAH PASANG PLAN UNTUK BERNIAGA KEK COKLAT.

TAUKE KEK COKLAT ataupun CUBA DAHULU.

1 comment:

  1. Kimi jangan resah di hati. Rezeki tu Allah yang tentukan. Dapat x dapat itu kerja dia. Mungkin x dapat rezeki kat sini, mungkin ada rezeki di tempat lain. Who knows? Jadi, kimi sabarlah ya.

    ReplyDelete