Sunday 24 October 2010

Telefilem:- Taubat Nasuha


TELEFILEM:- TAUBAT NASUHA



Barisan Para Pelakon:

Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan,
Sheila mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan, Aliff Ikqmal


Summary:-


Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga. Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

Ulasan ini telah diambil dari:-
http://www.meow.my/

.:: Komentar dari CKA ::.



"Taubat Nasuha, merupakan telefilem yang berjournalkan Islam dan juga menerapkan sosiology rumah tangga, di dalam telefilem ini, saya begitu tertarik dengan lakonan yang dibawa oleh Sheila Rusly sebagai seorang isteri yang lembut, menghormati serta seorang ibu yang baik ataupun dengan kata lain, sebaik-sebaik Isteri dan sebaik-baik ibu. Walaupun, si suami sentiasa dingin dan berkelakuan tidak baik di hadapan dirinya mahupun di hadapan anak-anaknya, ia masih menjaga maruah suaminya dan sentiasa berkata baik mengenai suami walaupun hatinya terguris dek kerana sikap lancang suaminya, ia dapat di lihat ketika Datuk kepada Aimin, Aiman, dan Amirul bertanyakan khabar mengenai kelakuan bapa mereka terhadap diri cucu-cucunya, ekoran cucunya mengadu mengenai kelakuan bapanya ketika mereka berada di laman luar rumah.

Saya juga begitu tertarik dengan karakter yang di bawa oleh Dato" Jalaludin Hasan (DJH) yang boleh dikatakan otai lama, karakter yang dibawa oleh beliau begitu menarik untuk diteladani, saya begitu tertarik apabila si ayah yakni DJH menegur Syamizi iaitu menantunya dihadapan cucu-cucunya dengan begitu sinis tapi sopan dan beradab dengan menceritakan sifat-sifat Rasulullah yang sepatutnya diteladani dan seharusnya diamalkan oleh Syamizi. Didalam kita mendidik anak harus ada ruang untuk mereka memanja dengan kita. Tidak hairan lah Laila mempunyai karakter yang baik kerana ia telah di asuh oleh seorang siak yang berwibawa.

Namun, tidak semestinya bapanya bukan seorang siak tidak dapat membimbing anak-anaknya untuk menjadi seorang yang baik seperti Laila, andai kena pada tempatnya insha Allah kita bisa menghasilkan seorang ahli cendikawan Islam yang berkualiti. Dan barisan lakonan yang dilakon oleh pelakon kecil-kecil juga berbakat besar dan sekaligus berjaya membawa watak mereka masing-masing. Watak Syamizi juga telah berjaya dilakonkan oleh Fauzi Nawawi sekaligus berjaya meraih tempat pertama di hati penonton sebagai bapa dan suami yang harus dicincang hidup-hidup dan begitu juga watak Sheila Mambo, sebagai betina gatal . dan itu sahaja daripada saya dan saya mengucapkan Tahniah buat semua barisan para pelakon dan semua barisan membikin filem di sebalik tabir kerana anda telah berjaya mengangkat kualiti telefilem di Malaysia dan saya berharap agar ada banyak lagi telefilem yang berjournal sedemikian rupa."

COP:- TERBAIK!
LAYAK MENJADI JUARA

caption begitu menarik:-
selalunya kita akan menghargai setelah mereka telah tiada
(seakan begitu!)

No comments:

Post a Comment