Akhirnya dapat gak aku tengok cerita Lagenda Budak Setan, yang sedang hangat diperkataan oleh segenap warge myspace n FB termasuk ler para blogger2 malaya kita ini. Aku tgk cerita ini kat IOI Mall, waktu tayangan cerita ini, pkul 4:30 p.m. Pada mulanya cerita agak mcm poyo sikitlah tapi lama-kelamaan dia jadi menarik sangat! terpaksa gak lah tahan airmata drpd jatuh huk huk! sob sob! aku teringin benar nak baca novel dia, orang kata best! =D betul kew?? entahlah sbb xbaca agy nanti kalau dh baca abru lah tew tol x! Alhamdulilah aku tgk cerita nie tadi aku kena charge RM 6.00 huk huk pas jee abis cite nie aku g potong rambut. =D kat puchng batu 14. apa apa pun cerita itu best lah! tgk lah! aku bg 4 stars, satu star xdew sbb gmbr kurg memuaslah laa.
Sinopsisnya!
|
|
|
V
Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.
Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak
Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment