Sunday 8 November 2009

Happy Birthday Ayah


Happy Birthday Ayah

Selamat UlangTahun Kelahiran ayah, 7 November 2009, itulah tarikh kelahiran ayahku yang bernama Johari Bin Hassan. Beliau merupakan seorang Ayah yang mukanya macam samseng kampung dusun. Namun segala andaian itu bakal berubah, sebab ayah aku ini jenis kuat bergurau dan pemurah orangnya. Bukanlah nak berlagak, maupun meninggi diri tapi mungkin satu warisan, sifat pemurah yang ada pada aku mungkin datangnya daripada bapa aku.

Walaupun dia berkelulusan sekolah kemahiran, namun akal fikirannya bagaikan kelulusan seperti Master / Phd. Ujian maupun peperiksaan beliau semua kredit tak ada yang gagal, Ummi aku pun macam itu. I'm really thankful dapat ayah dan ibu macam mereka berdua. Mereka tidak mengongkong seperti kebanyakan ibubapa lain, namun cara kongkogan mereka sangat unic, mereka lebih mengunakan teknik tassawuf/psikologi.

Dalam adik beradik aku, aku inilah yang paling kuat melawan dan nakal sekali, Ayah dan ummi aku susah jaga aku waktu kecil sebab aku nie banyak sogey. Setiap malam, Ayah aku dan ummi bawak pergi jalan-jalan, semata-mata nak tidurkan aku ini, banyak lagi pengorbanan mereka terhadap aku. Aku tak mampu nak membalasnya. Aku berharap sesuatu hari nanti aku akan menjaga mereka seperti mereka menjaga aku waktu kecil, dan aku berharap ini bukan suatu ckap kosong dalam ia adalah benar belaka. Aku takut sangat, sebab manusia boleh berubah bila bila masa sahaja. Aku taknak jadi macam mereka yang ada dalam dada akhbar dan segala yang ada di dalam TV itu. Aku selalu berdoa bahwa aku bukan tergolong daripada gologan itu. Oh Ayahku yang baik hati maafkanlah anakder nie. :D

Happy Birthday Ayah
May Allah bless You
sehat sejahtera, Panjang umur,
murah rezeki (itu penting, senang aku nak shopink. gurua jewlah ;D)

I given him, One drop perfume and Baju Polo
(Baju bagi next week):D
jew:D

No comments:

Post a Comment