Sunday 9 January 2011

Bertemu Sang Pencipta

marilah kita sama-sama, sedekahkan surah Al-Fatihah buat
Allahyarham Hj. Azlan Bin Saleh (a'cik lan)dan arwah-arwah yang lain.


Al-Fatihah


*peringatan: sila pause dahulu official music player di sebelah kanan terlebih dahulu, sebelum menekan play untuk mendengar bacaan surah Al-Fatihah daripada syeikh Mishary Rashid Al-Afasy.

Akhirnya, pergi jua insan yang berjiwa tenang ini, pergi bertemu Rabbnya yang ia damba selama ini, seorang insan yang berjiwa lembut tapi tegas ini telah meninggalkan kita pada malam semalam. Haji Azlan Bin Saleh (Sungai Pelek), telah meninggalkan kita buat sementara waktu (di dunia).

Pada kimi, dia seorang manusia yang tabah mengharungi dugaannya, beliau seorang insan yang terkenal dengan sifat santunnya telah mencuri hati sesiapa sahaja yang mengenali beliau. Beliau sememangnya seorang lelaki yang mudah di gauli oleh banyak pihak. Beliau seorang yang meramah orangnnya dan beliau juga merupakan salah seorang ahli penting (bekas nazir)dalam carta organisasi surau / masjid di kawasan berhampiran rumahnya.

Sungguh memilukan hati kami apabila beliau di dapati mengalami kanser tulang, dan sehingga di putuskan oleh doktor untuk memotong kaki sebelahnya yang mengalami kanser tersebut yang didapati kansernya mula merebak. Kami di sini begitu Dan beliau bersetuju untuk memotong kaki beliau dan akhirnya pembedahan tersebut telah berjaya di lakukan. Namun, itulah yang di katakan ajal dan maut adalah kuasa Allah, akhirnya beliau telah menghembuskan nafas buat kali terakhir pada malam semalam.

Pemergiannya yang tenang tidak menjadikan kehairan bagi saya kerana saya yakin beliau merupakan salah seorang kekasih Allah. Walaupun, nyawa tidak di kandung badan namun wajah beliau masih kelihatan manis dan tersenyum jelas di mata sapa yang melihat beliau. Tidak apa yang kimi harapkan melainkan Rohnya dicucuri Rahmat Allah s.w.taala, dan takziah daripada kami sekeluarga atas berita yang memilukan ini keatas keluarga beliau. Sekian.

cik wa dan anak2 , tabah ya!!

p/s: ummi kimi selalu bagi tahu,
"memang orang yang baik ini, selalunya akan pergi dulu sebab Allah sayang dia-orang."

SETIAP YANG HIDUP AKAN MERASAI MATI

YA ALLAH, MATIKAN KAMI DALAM HUSNUL KHATIMAH
DAN BERKATI KAMI DAN UMAT ISLAM YANG TELAH PERGI DAHULU SEBELUM KAMI.

No comments:

Post a Comment