Thursday 16 December 2010

PeTa Ijazah 2010: Penunggu Panggung

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya dahulukan, (formal yer hahaha). Seperti title entri di atas itu mesti ada di antara korang dah tahu apa itu PeTa kan, tapi bagi yang tidak tahu itu mey sini CIK terangkan, PeTA itu adalah nama singkatan daripada Penilaian Tahun Akhir bagi pelajar yang belajar di ASWARA, kira macam peperiksaan lah tapi cuma lain jer cara yer. Kali ini, CIK berpeluang melihat teater di ASWARA yang bertajuk Penunggu Panggung yang diadaptasikan daripada The Phantom of The Opera.


Apa yang menariknya ? yang menariknya adalah The Phantom of The Opera di adaptasikan ke alam Melayu, sangat menarik dan buat pertama kali yer bagi saya melihat teater ini secara mengalami setiap Character sehingga bisa membawa kita seakan berada di dalam situasi mereka. Kali ini teater tidak berbentuk biasa tetapi lebih ke arah merentasi setiap menjuru yang berada di ruang studio, saya sangat gembira kerana dapat melihat dan merasai apa itu teater dan buat pertama kali teater berbentuk "walking teater".

Pada saya rugi bagi mereka yang tidak hadir menyaksikan teater yang bertajuk Penunggu Panggung kerana disini anda akan mendalami setiap watak-watak yang ditampilkan. Pelajar yang dinilai adalah Siti Nor Katijah Bin Said Abdul Malek Shah (sinografi).

TAHNIAH!!

No comments:

Post a Comment