Monday 9 August 2010

Marhaban Ya Ramadhan



Marbahan 2, Marhaban ya Ramadhan.

Kepada pembaca blog saya ini ada kew??, saya mengucapkan selamat menyambut ketibaan
bulan yang berkat ini, dan semoga selamat menunaikan rukun Islam kita yang ke-3 ini.
dan semoga setiap amalan baik kita di bulan yang penuh dengan rahmat Allah ini,
diterima oleh Allah s.w.taala.

Rebutlah redha Allah ini, dan bersama kita menerokai bulan yang berkat ini.
Berpuasa lah kita kerana Allah s.w.taala sahaja dan jangan kita berpuasa kerana
terpaksa, ataupun sebagainya.

Rasulullah SAW telah bersabda bahawasanya :

Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan
ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

dan jangan nanti tak bangun sahur lak sbb penat, xeloklah sbb sahur itu ada kehebatannya.

Rasulullah SAW bersabda:
Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.
(H.R Ahmad)

Apa lagi kehebatan berpuasa d'dlm bulan Ramadhan?

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan
nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Betulkew, Al-Quran dan Puasa juga diberi peluang untuk membantu orang yg berpuasa ??

Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda:
'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata,
'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari,
maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.'

Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari,
maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'
( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda:
'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.'
(H.R Ahmad)

Selamat Berpuasa!!

p/s: saya memohon maaf andai terkasar bahasa ataupun ada membuat anda terluka dek sbabkan kelakuan saya dan sbagainya, saya memohon maaf atas kesalahan saya itu. kepada anda yang ingin mengetahui sabda Nabi Muhammad s.a.w mengenai Puasa di bulan ramadhan si click -----> ku ingin tahu =)

Doa untuk berpuasa versi menyanyi



Doa untuk berbuka puasa versi menyanyi


No comments:

Post a Comment