Friday 2 April 2010

Din Beramboi Sudah Meninggal Dunia.

AL FATIHAH

Tiada lagi meneman Pak Nil di Konti Era setiap Pagi.


Kita sekali lagi dikejutkn dgn permergian seorang lagi seniman jenaka yg selalu membawa keceriaan pada kita di pagi hari dengan jenaka beliau dan tidak kurang juga di dada television. Kini beliau telah pergi meninggalkan kita sementara di dunia namun kita pasti bakal bertemu kembali buat kali terakhir nanti. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau dan sekaligus semoga beliau di tempatkan di sisi orang yang telah berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Beliau bersemadi dengan aman. Amin

KUALA LUMPUR - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Hikmat Kematian!

Allah telah berfirman:

"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk, Ayat 1 & 2)

Khabar Gembira!

Allah s.w.taala berfirman:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah Al-Baqarah, Ayat 155-157)

p/s: kalau din beramboi meninggal, Aqmal juga akan meninggal! (buat peringatan diriku ini.)
kiterorg sekeluarga juga terasa akan kehilangan beliau, yang selau buat kami sekeluarga gembira dan ketawa aksi gelagat beliau. terima kasih Din Beramboi kerna menceriakan kami. yang Allah s.w.taala yang akan membalas jasamu.


KU NOBAT BELIAU PELAWAK SERBA BOLEH!!

No comments:

Post a Comment