Sunday, 28 March 2010

60 Minute Earth Hours!


Most of us already known about Earth Hours!

Mey sini, saya ceritakan kepada anda apakah itu Earth Hours / 60 minutes, kalau dalam Bahasa Rasmi Negara Malaysia, perkataan ini membawa makna adalah 60 minit. Earth Hours ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia World Wide Fund for Nature (WFF). Acara ini diadakan bagi memberi kesedaran tentang perubahan iklim yang kini menjadi ancaman kehidupan planet ini yang dikenali sebagai Dunia ataupun Earth. Planet kita seakan-akan sudah tenat hasil daripada tindakan segelintir daripada kita yang sanggup merosakan bumi dengan memotong pokok-pokok yang sebenar membawa kebaikan kepada kita. Tahukah anda! bahawa Setiap dedaunan mengeluarkan Oksigen ataupun dikenali sebagai O2 di kalangan pelajar-pelajar sains tidak kira ia extreme mahupun sains biasa. Sekiranya pokok-pokok di tebang dengan sesuka hati, ia akan memberi impak yang negative kepada kita semua tidak kiralah manusia mahupun bintang.

Apabila pokok-pokok berkurangan ini akan menyebabkan bumi kita tidak seimbang dan seterusnya membawa kepincangan kepada sociology bumi. Tahukah anda! bahawa ais yang berada kedua-dua kutub sedang bercair ini disebabkan oleh Global Warming ataupun dikenali sebagai pemanasan global. Oksigen ini juga membantu kita untuk menghalang Sinaran UV / Matahari yang berlebihan, sekaligus mengurangkan pemanasan global yang kini menjadi topik hangat bagi pihak yang menyedar tetang hal ini. Kegunaan elektrik juga telah membawa dunia kita kepada Global Warming!

Sila tekan perkataan tersebut, sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya:
penat aku skemakan ayat aku ini! (^.^!)

No comments:

Post a Comment