Friday 26 February 2010

Niyang Rapik

Aku, Kak Nurul, Kak Akma (kawan kak nurul) serta serombongan budak-budak KPI telah bersepakat untuk menonton wayang yang bertajuk Niyang Rapik, huhuhuhu. Kami booking tiket niyang rapik untuk pukul 9.00 mlm. Tapi kami bertiga dah datang awal jugalah, jadi dalam tempoh nak menunggu diorang ini, maka dengan ini kami bertiga ini, pergi lah ke POPULAR book shop itu untuk membaca buku sekejap. Jadi aku memilih senaskah buku ini yang bertajuk Rahsia Musuh, cerita ini mengisahkan teknik-teknik mereka yakni golongan anti Islam dalam merosakkan Islam. Insya Allah andai ada duit lebih nanti mungkin aku akan beli buku ini, dapatlah aku baca memberapa buku surat selepas kak nurul dapat message dari aida, yg diorang dah sampai kat Assam House. Kami pun pergi lah ke Assam House itu, tunggu punya tunggu rupanya Aida g CIMB Bank jap sebab nak kuar duit.

Sementara nak menunggu itu, Kak nurul pun rasa baik kiteorang pergi makan dulu. Jadi mereka berdua decidelah nak pergi makan A&W, Aku order minum Root Beer Float (Halal lah, bukan yer beer) jer. Kak Akma belanja kiteorang, (perrgh best itu dapat makan free hihihi, apa pun moga Allah memberi balasan kebaikan di dunia dan akhirat). Jadi dalam masa makan2 dan minum2 itu, sempat gak lah kami mengadakan sesi photography kat situ. Akhirnya Masa yang di tunggu2 sudah tiba maka kit'rang pon berkumpulan lah and ada yang masuk dulu sementera ada juga yang stay kan luar lagi sebab nak tunggu kawan mereka lagi, yang masuk dulu kami lerh hahaha.

Kami masuk waktu yang orang tuah itu, cakap "cuba kalian ingat betul2x..., cerita ini agak okaylah not bad sebab ok lah x lah merepek pun ada makna yang tersirat dalam cerita. macam selalu lah juga, maka dalam post ini aku pun letak gak lah sinopsis cerita ini. Dalam cerita ini ada element seram, terkejut, komedi dan sedih. memang betul lah macam-macam ada, kira boleh kata tak rugi lah kalau nak tengok.

The end of the story dalam cerita memang sedih. Kesian, nak tahu kenapa sedih korang yang tak tengok pergi lah tengok kalau rasa nak tengok. Pasti nanti korang agak terkejut yang sebenarnya bukan lah si fulan ini menjadi menyebab rupanya kawan dia ini yang membawa menyebab.

Cerita ini habis pukul 10: 30 tak silap aku lah, memang best lah. Jadi aku pon balik lah dengan kadar yang segera. bagaikan abg rider yang ingin menghantar menu yang di pesan oleh pelanggan. Aku sampai rumah pukul 11 lebih gaklah. Tadikan aku ada bagi tahukan yang aku letak synopsis itukan, maka ini lah dia synopsis itu :

A group of university students travel to a village called Niyang Rapik to conduct research for their studies. There, they meet Laila (Liyana Jasmay), the daughter of the village headman. However, due to a mistake they made before returning home, a year later, one of their friends die mysteriously. Soon, they return to Niyang Rapik to give back an item that they once took. Mysterious incidents and tragedies befall on them and Niyang Rapik is no longer the same.

(Sekumpulan pelajar universiti telah melawat ke sebuah perkampungan yang di gelar sebagai Niyang Rapik bagi melakukan meyelidikaan untuk task mereka, Di sana mereka telah bertemu seoramh gadis yang bernama laila (lakonan Liyana Jasmay), gadis ini merupakan anak perempuan penghulu kampung tersebut yang dipanggil sebagai tok n'man. Walau bagaimanapun, mereka telah melakukan sebuah kesilapan sebelum mereka pulang ke rumah, Setahun kemudian, kawan mereka telah meninggal dunia dalam keadaan yang penuh misteri. Jadi mereka kembali ke Niyang rapik untuk mempulangkan kembali barang yang mereka ambil. Kejadian misteri telah menghantui mereka dan terdapat beberapa kemalangan yang telah berlaku ke atas mereka dan Niyang Rapik tidak seperti dahulu ketika mereka datang dahulu.)

Footnote: sumber, synopsis Niyang Rapik www.cinema.com.my/

No comments:

Post a Comment