Thursday 25 February 2010

Bingkisan Majlis Maulidur Rasul

Hari ini iaitu, 24 haribulan 2, 2010 (Rabu).

Kolej Putra Intelek, telah mengadakan majlis menghayatan maulidur Rasul s.a.w yang bertempat di Dewan Utama Kolej Putra Intelek (Dewan Putra). Majlis ini telah bermula pada pukul 4:00 petang, dan ia diawali dengan bacaan doa dan selepas itu sedikit bingkisan dan ucapan daripada pengerusi maljis dan En. Azhar selaku orang kuat dalam ahli jawatkuasa majlis.

Bacaan Al-quran juga menjadi salaah satu aktiviti dalam majlis ini. Bacaan Al-Quran ini telah di baca oleh Qoriah Pelajar Kolej Putra Intelek, Alhamdulilah pelajar ini telah memperdengarkan bacaan beliau dengan membawa alunan bayati serta Hijjaz dengan baik, Subanallah. Kata Saya "جيد" yang membawa erti bagus, ataupun cantik. Selesai sahaja bacaan qoriah itu tadi maka bermula aktiviti yang di nanti-nantikan oleh sesetengah pelajar iaitu ceremah. penceramah ini telah mencungkil dan memberitahu rahsia sebuah kejayaan yang di miliki oleh sarjana-sarjana arab yang ini para-para ulama dalam setiap jurusan dan bidang yang mereka ceburi. Satu sahaja rahsianya adalah masa, Masa adalah sesuatu perkara yang berharga bagi mereka yang tahu menghargainya. Para cendikawan dahulu tidak mengunakan sangat waktu malam mereka dengan tidur sahaja, kerana mereka mengunakan malam sebagai masa untuk membaca dan mempelajari pelbagai ilmu.

Andai kita gunakan masa kita dengan sebenar-benarnya, insya Allah tidak ada masa untuk kita untuk memfikirkan sangat mengenai perkara-perkara yang temeh-remeh. Penceramah ini lebih menumpukan pada surah yang ke-103 iaitu surah al-Asr (Masa) yang telah di turunkan di Mekah. Allah s.w.taala terfirman dalam Surah ini yang bermaksud:-

Surah Al-Asr

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (kerna setiap manusia mmg di dalam kerugian atas sebab kelakuannya)
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran (ayat membawa erti, yakni meliputi itikad kepercayaan, tutur kata dan amal perbuatan) serta berpesan-pesan dengan sabar. (yakni sabar dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). (p/s: diterjemah serta diberi penjelasan oleh sheikh Abdullah Basmieh).

Dengan dalil ini ternyata kita sebenar dalam keadaan rugi. Astafirullah, saya akhirnya bingkisan ini dengan keratan puisi saya iaitu "andai hidup tanpa ilmu bagaikan hidup tanpa akal, namun hidup dengan ilmu duniawi bakal perit di masyar kelak, andai hidup dengan akhirat bakal selamat dunia akhirat". Ilmu DUNIA kita ambil, dunia akhirat juga ambil.

Sekian Terima Kasih.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang anda beri serta tahniah atas usaha anda dalam menjayakan majlis ini. Saya berharap agar junior-junior saya mempunyai keinginan dalam merealisasikan majlis-majlis yang berbentuk ilmiah dan majlis-majlis yang bentuk Islam. Saya rasa dalam masa kita belajar ini lebih baik kita penuhkan majlis-majlis yang berbentuk ilmiah dalam membina pencentusan cendikawan dalam aspek ilmiah duniawi dan akhirat. Saya rasa perlu sedikit hiburan namun perlu lah berpada-pada. Sekali lagi, saya mengucapkan pengerusi majlis yang dikenali oleh anak buah mereka sebagai Angah dan juga anak-anak buahnya, dan tidak lupakan saya mengucapkan tahniah kepada wakil department of STADD iaitu Cik. Marina Mohd Yusof yang begitu berusaha dalam merealisasi majlis ini. Alhamdulilah bagi saya majlis ini berjalan dengan lancar dan bagos. tepukan untuk diri anda semua.

No comments:

Post a Comment