Saturday 3 October 2009

Rantapan Minang


PADANG: Titisan air mata darah sekalipun tidak cukup untuk menggambarkan kesedihan Suleiman Wijoyo, 46, yang kehilangan dua anak serentak apabila bangunan kelas tuisyen mereka menyembah bumi dalam kejadian gempa bumi di kota ini, petang kelmarin. Berita sedih itu sekali gus mengembalikan nostalgia menyayatkan hati lelaki terbabit yang turut kehilangan isteri tersayang akibat tragedi sama, kira-kira dua tahun lalu. Jenazah kedua-dua anaknya, Cahaya Putri, 10, dan Budi, 8, ditemui bersama mayat 16 pelajar lain yang tertimbus di bawah bangunan kelas tuisyen yang runtuh akibat gegaran gempa sekuat 7.9 skala Richter, pada jam 5.16 petang kelmarin (waktu Indonesia).

Dalam kejadian 7 Mac 2007, Suleiman yang juga seorang peniaga bakso kaki lima kematian isterinya, Hernawati Amed, 37, selepas rumah mereka menyembah bumi dan menghempap wanita berkenaan yang ketika itu sedang memasak di dapur. (selanjutnya:
Click Here/Tekan Sini ). Saya Juga Melampirkan sebuah Video Klip yang di ambil oleh Euro News, sebagai tatapan anda semua. Semoga Kita semua menjadikan ia sebagai iktibar dan saya juga memohon agar pembaca yang beragama Islam agar menyerdekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dengan tragis gempa bumi yang bergitu sadis. Al-Fatihah.



Ulasan Penulis Blog/Author:

Soba yolah balo nang menimpo manyantuah hati sanubari awak, kek apo nan balaku. Ya Allah, Ya Rabbul Rahim, Ampunkan Doso dan tabahkan jiwo mereko. Amin. (* taklah pandai sangat cakap minang tapi sikit-sikit itu retilah, lagipun ummi saya ini reti banyak loghat bahasa dan saya ini juga suka mempelajari bahasa-bahasa yang ada dimuka Bumi Allah ini.) Kadang-kadang sedih dan kadang -kadang pula rasa macam *padan muka ko tapi itu kan tak elok tapi nak buat macam mana tapi itu hakikat.

Sememangnya saya juga tumpang sedih dengan apa yang berlaku tapi dek sebabkan segelintir radikal author yang selalu menganjing tentang Negara Malaysia membuatkan kita merasakan ini semua bala yang mereka cari selama ini. Mungkin mereka masih tidak menyedari lagi pertapa baiknya pemimpin dan rakyat Malaysia membantu rakyat indonesia yang kini di timpah musibah, bukan kami hendakkan balasan yang melampau cukuplah dengan ucapan terima kasih dan sedikit respect anda bukan dengan membalas tomahan keji terhadap negara kami yakni Malaysia. Anda seolah-olah menunjukkan ketidak syukuran kamu.

Jangan kamu marah sekiranya ada segelintir daripda pihak kami mengucapkan *Bagos, padan muka. sebab itu semua author pihak kalian yang mengajar kami agar berbahasa seperti itu. Kami masih membantu anda atas dasar kita adalah serumpun, yang punya bahasa tutur yang tidak kurang bezanya yang beze di fahami oleh kedua-dua negara dan tidak lupa juga kita juga berkongsi menu dan adat serta budaya ada bersamaan. Sudahlah hentikan tohmahan yang tidak bernas kerna ia terlalu prajudis. Saya akhir artikel saya ini dengan slogan/trand mark Nabil, Lu Pikirlah Sendiri. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment