Saturday 26 September 2009

21 SEPTEMBER 2009

Aku dah start kerja balik, aku xambik cuti raya sebab kesianlak kat ucu untuk mencari-cari backup kiteorang semua and kesian jugak d'kat kak vas itu jadi aku mengambil keputusan utk berkerja pada raya ke-2. Actually aku rasa dah okay kot dapat cuti first raya itu, that is a what i want actually
and Alhamdulilah Allah makbulkan jugak hajat aku ini hihihihi maklumlah first raya katakan.

Hari ini aku keje dengan kak vas lah dia full time and aku pulak masuk noon (Afternoon), aku fikirkan raya ke-2 ini ingat xlah ramai orang rupanya ramai gak raya mengunjungi Isetan KLCC ini, for me that is a weird, coz actually waktu inilah kita pergi rumah saudara-mara ataupun pergi ziarah sahabat andai kita. Tapi lak lah diorang, bukan duit aku pun diorang guna jadi lantaklah diorang nak mengabiskan dengan cara diorang. ADA AKU KISAH hahahaha.

Hari ini aku mintak rehat awal sikit d'kat akak vas, aku mintaklah rehat awal dalam pukul 4.00 ptg. Jadi dengan masa 1 jam rehat ini aku gunakanlah dengan pergi ke Avenue K itu untuk pergi mengunting rambut aku yang sudah serabut bagaikan sabut kelapa, perrgh canggih siot sebab kedai mengunakan cara membeli ticket dengan berharga RM 15. Aku rasa setengah daripada korang mesti dapat agak nama kedai itu kan kan kan. okaylah nama kedai itulah adalah 10 MINUTE ... dia kat Ground Floor Avenue K itu.

hari itu aku rehat dengan menjamah Roti Boy and Bihun Goreng + Ayam Goreng Gold Stores + pop chicken (ala mcm pop corn itu tapi ini ayam). Alhamdulilah syukur kepada Allah kenyanglah jugak, jadi apa lagi kena cover perut ku yang buncit ini hahahahaha. Jadi seperti biasa aku balik dalam pukul 11.45 malam. Apalagi lepas jerr mandi, aku terus terjun kat bandan kekasihku iaitu katil ku yang empuk itu huhuhuhu {~,~}

25 SEPTEMBER 2009

Hari ini adalah hari terakhir aku berkerja dekat counter OSHKOSH Isetan KLCC. aku berhenti pun untuk keselesaan semua orang, maklomlah aku bukan sehebat perkerja-perkerja yang lain. aku banyak buat silap sampai stock tak cukup dan aritu pulak stock terlebih, semua benda nak tunding jari kat aku. Mungkin aku tak seclever macam worker yang lain. maafkan saya.

Aku pun susah jugak nak sampai dekat counter seperti yang ditetap oleh diorang. Namun aku try sehabis baik untuk menunjukkan bahwa aku comminted dalam berkerja. Entahlah mungkin aku dah banyak menyusahkan diorang kot, itu yang akak ucu bergamuk habis itu, yang sorang ini pulak entahlah sejak berberapa hari ini aku memang tak dapat faham kenapa dengan dia, ada sekali aku tanya kenapa dengan kau ini, datang bulan ker? yg dia jawap kenapa? aku pun jawap lah xdah apa maklomlah aku tengok dia tgh bad mood malas nak tengok and semenjak dari itu, entahlah dia makin berubah dan terus berubah sampai aku tak tahu yang mana satu joke dan yang mana satu adalah sindiran, seolah-olah itu semua adalah sindirang belaka.

Aku jadi tidak mengerti dan terus xmengerti jadi satu hari itu aku berdiam diri sebab aku dah malas nak bercakap utk apa, kalau ia boleh buat aku sakit hati tapi aku tak kisah pun jadi apa yang dia cakap kat aku aku simpan jer sebab pada awalnya mungkin itu adalah suatu gurauan tapi lepas itu, aku dah tak rasa ia satu gurauan lagi tapi adalah sebaliknya. ada sekali dia malu kan aku kat depan satu akak ini yang kerja kat counter guess, lepas jer akak tue cerita pasal sesuatu perkara itu, dia terus cakap MACAM KO, tahu tak Macam kau. Aku waktu itu tahan jer sabar, kenapa lah dia malu kan aku kat depan akak itu. maklumlah akak itu counter lain jadi kita adalah counter yang sama kenapa perlu burukkan team kita pada orang lain, dan dia terus cakap yang aku ini selalu kira stock salah macam part time ***** itu.

Lepas jer dia cakap macam itu aku terus lah bangun, buang sampah dan basuh tangan terus masuk kerja kesian pulak dekat akak ucu maklomlah dia pon puasa tapi dia selalu ambik 2nd trip kesian dia, aku pernah sekali mintak dia berbuka dulu tapi dia xnak sbab dia fikirkan kite orang, semoga anak yang dia kandungkan itu mendpat rahmat dan menjadi anak yang soleh. Dia nak sangat anak perempuan dan aku jugak selalu mendoakan supaya apa yang dia hajati di perkenankan oleh Allah. Amin

entahlah dah banyak jugak perbuatan dia yang entahlah yang membuatkan aku tidak faham dan terus tidak mengerti apakah sebab musabab itu. Jadi suatu hari itu dan hari itu adalah hari yang bertarikh 25 september 2009 ini telah menjadikan aku tidak dapat menahan akan sabarku selepas apa yang dia ucapkan membuat aku tidak tahan sabar lantas ku katakan pergi mamposlah. mungkin dia dengar kot tapi lantaklah aku dah tidak dapat menahan amarah ku lagi lantas ku tempiaskan amarah ku kepada almari dan attendend cardku.

Aku tidak mengerti kenapa dia membuat sedemikian rupa. Setelah selesai meeting kami yang diketuai Manager kami iaitu Jenny, lantas saya mengserverlah satu customer ini selepas itu saya selesaikan mengemas di bahagian E, ketika saya sedang menglipat kain dia datang kepada saya sambil bertanya "kau nak makan pukul berapa" dan aku menjawap "sekejap lagi kot" dalam fikiran ku, aku mahu mengabiskan lipatan baju yang berada pada bahagian e itu maklomlah aku mau menyelesaikan kerjaku dahulu. Maklumlah kalau tak siapkan nanti pasti ia jugak akan menyatakan menyuruh agak aku menghabskan kerjaku dahulu. Bagiku, aku hanya menuruti nasihat kak ucu yang menyuruh agar kami menjaga counter kami dalam keadaan yang baik dan kemas.

Sebelum itu, aku ada menyatakan supaya dia pergi dahulu rehat namun dia berkata "takpa lah, aku tak rehat kot, nanti waktu aku rehat aku pergilah punch card aku lepas itu aku naiklah balik lepas tue nanti aku turun utk punch card sebab dia cakap gigi dia sakit" dalam anganku adalah hipokrit (maafkan aku). Jadi ia bersamaan dengan bermaksud dia tidak mahu berehatlah kan sebab dia nak keje. selesai jer aku menglipat kain, aku pun cakaplah pada diorang yang aku nak pergi makan, tiba-tiba dia menengking aku sambil berkata "ahh kau nak pergi rehat pulak, aku ni nak makan pukul berapa dan bla bla" lantas aku menjawap pergi mampos kaulah, waktu itu aku teruslah ke staff entered 2nd floor belum sempat masuk ke pintu aku ambik attendent card aku bling dengan sekuat hatiku untuk menempiaskan amarah ku terhadap dirinya yang telah berkurung lamanya di dalam diriku, pada fikiranku sahaja aku nak saja lekung a**** yang telah ku pelajari kem ku dahulu yang bisa membuatkan orang tersebut bingung dan biyol tapi aku yang fikiran dia adalah perempuan sahaja yang perlu di hormati.

Kata Cendikawan "Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa". setajam-tajam pedang pahlawan tajam lagi lidah manusia. Lantas daripada itu, aku teruskan jua tekad untuk berhenti kerja dan pada pandanganku, aku memang menyusahkan diorang dan tidak cekap untuk mengurus hal ewal counter tersebut dan jugak untuk apa berkerja dengan orang yang kita tidak serasi.

Sekali lagi maafkan saya, jenny
maafkan saya kak ucu, mungkin sebab saya darah tinggi akak ucu meningkat. maafkan saya kak.
saya dah berusaha untuk stay sehingga akak ucu bersalin dan start berkerja tapi akhirnya saya ingkar jua janji saya. maafkan saya kak. saya betul-betul minta maafkan akak ucu. Halalkan yer makan minum saya. Saya doakan akak akan selamat bersalin dan dikurniakan anak yang soleh. kirim salam saya kat Haziq dan Hazim yer kak.

No comments:

Post a Comment