Sunday 15 May 2011

Thanks for yours guideness

Alhamdulilah mean All praise belong to Allah s.w.taala.

Kimi tak sabar-sabar nak berhenti kerja dkt tmpt keje itu, bagi kimi tempat kerja dekat situ mcm hell penuh dengan tipu daya dan kepura-puraan. Mereka tidak pernah jujur antara satu sama lain. Mereka yang berjawatan tinggi sama-sama bertelingkah untuk menjadi juara.

Diorang selalu suruh jadi professional tapi semua itu hampeh, nak nasihatkan orang tapi diri itu sama je. Alhamdulilah akhirnya Allah s.w.taala nak guide kimi melalui sekeliling kimi. Kimi dah dapat bertunjuk daripadaNya setelah kimi kerjakan solat hajat dan memperbanyakkan doa kepadaNya. Kimi dah belajar benda baru dalam kehidupan kimi.

Allah itu maha berkuasa dan Dia maha Bijaksana, memberian mesej tidak semestinya melalui mimpi bahkan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Kimi percaya bahwa tiada suatu perkara pun mustahil bagi Allah s.w.taala. Kimi baru tahu sama mereka sebenarnya. Mereka itu semua berpura-pura, apakah itu harus ada dalam hati seorang muslim?

Kimi mengaku kimi bukanlah orang yang cukup menunaikan solat tapi kimi faham bahwa solat itu mencegah mereka yang menunaikannya daripada melakukan dosa. Kimi boleh cakap yang mereka ini tak pernah tinggal solat tapi kimi sungguh pelik dan hairan dengan mereka yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain, dan itu membawa kesan kepada kimi.

Pada awal kemasukkan kimi dengan syarikat itu, kimi okay jer dengan semua orang. Namun ia berubah apabila kimi melihat suatu berbalahan "professional" berlaku. Kimi sungguh pelik dengan sikap HR syarikat itu. Dia sungguh tidak amanah dengan apa yang kimi suruh dia amanahkan malah dia pergi bagitahu semua orang dekat itu, patutkah itu berlaku dia sebagai seorang HR sepatutnya dia tahu bahawa tugas seorang HR ada membawa ke-amanan sejagat dalam organisasi milik abangnya itu.

Kimi tekad kali ini kimi tak mau berpaling kebelakang lagi, kimi nak terus memandang kehadapan dan mengambil iktibar daripada masa lampau sebagai suatu pengajaran. Kimi betul-betul benci kerja dekat situ dan kimi akan berhenti kerja dekat situ pada 28hb Mei 2011 ini, dan kimi akan memberi surat berhenti kerja kimi pada 23hb Mei 2011.

Kimi harap mereka akan maju jaya dalam kehidupan mereka dan mengharapkan suatu perubahan. Kimi dapat rasa yang syarikat itu banyak krisis dan mereka harus memulihkannya.

p/s: kimi sebenarnya tak berhenti kerja lagi yang entri hari itu kimi tangguhkan sbb head kimi ckp kimi naik pangkat tapi semua adalah hampeh sebab dia tipu jew, itu pun satu dia kaki temberang.

Sekian =)

No comments:

Post a Comment