- Membaca Bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar. Contohnya;
"Sahaja Aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar kerana Allah Taala."
- Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Ini kerana kaki akan di basuh selepas mandi nanti.
Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
Membasuh kepala serta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 Kali menimba air.
Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
Membasuh Kaki.
Jika mandi mengunakan shower, tidak perlu sehingga tiga kali, memadai yakin air telah meratai seluruh tubuh badan dari kepala ke hujung jari.
Aisyah r.a. berkata,
" Dahulu, jika Rasulullah s.a.w hendak mandi janabah (junub), baginda membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian, menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimanaberwuduk untuk solat. Lalu mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga menganggap telah cukup, tuangkan air ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu disiram seluruh badannya dan kemudiannya dibasuh kedua-dua kakinya. "
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL
Q&A
No comments:
Post a Comment