Thursday 10 March 2011

Adat Berblogger



Dunia ini umpama lautan yang bergelora ada masa berombak deras dan masa ia tenang bagaikan air dikali. Kata orang bijak pandai, "Dunia ini ada manis dan kelatnya, hidup di dunia perlu ada ilmu tanpa ilmu manusia akan mati" Biasalah itu, adat hidup di dunia ada yang suka ada yang tak suka.

Dan begitu juga lah hidup di dunia blogger, biasalah mesti ada yang suka dan mesti ada yang tak suka. Saya tahu bahawa ada yang tak suka dengan saya. Mungkin, kerana garapan saya dan mungkin kerana saya tidak berfikiran seperti yang lain. 

Bagi saya, perlu apa saya mengiraukan komentar daripada pihak pembaca. Sudah saya katakan bahawa blog saya bukan untuk mereka membaca pun. Blog ini saya ciptakan hanya untuk meluahkan isi hati saya. Cukup untuk itu. Andai ada yang sudi untuk membaca mahupun mengikuti entri saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih, namun andai ada yang tidak suka, saya pun tidak kisah kerana blogku adalah diari maya ku.

Anonymous, salah kew?

JANGAN MUDAH MELATAH

To Telor, sabar yew biasalah itu ada yang suka dan ada yang tak suka. 

No comments:

Post a Comment