Wednesday 16 February 2011

Insan Bersifat Al-Quran



Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Siapa yang tidak kenal dengan insan ini, beliau sangat terkenal dengan gelaran Al-Amin dan Habibullah (Kekasih Allah), beliau lah Muhammad bin Abdullah yakni Nabi dan Rasul bagi kita dan Beliau juga merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir bagi kita semua dan tiada lagi Nabi dan Rasul selepas dirinya.

Kelahirannya insan agung ini menjadi topik hangat di setiap dada langit dan dada bumi, namun ada juga yang tidak berapa senang akan kelahiran insan agung ini kerana insan ini akan memusnahkan segala perancang mereka. Mereka lah pendeta yang mengetahui kebenaran namun mengubah kepada kebatilan (paderi-paderi Al-Kitab), dan semesti yerlah iblis dan syaitan.

Seisi langit dan bumi bagaikan menyorak gembira akan kelahirannya yang begitu sempurna. Beruntung ibunya kerana telah mengandung dan melahirkan insan pilihan Allah s.w.taala. Waktu kecilnya lagi, Nabi kita telah di uji dengan ketiadaan ibubapa. Namun, beliau telah dijadikan anak angkat oleh ibu angkatnya iaitu Halimatus Sa'adiah. Beliau insan yang dijaga akhlak dan akidahnya sejak beliau kecil lagi.

JOM BACA TENTANG DIRINYA!!!

Muhammad Insan Pilihan Allah s.w.taala

* SEBELUM ITU, LET'S WE SELAWAT FOR HIM!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

Allahumma salli `ala muhammadin `abdika warasulik, kama sallayta `ala ibrahim, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa'ali ibrahim

1 comment:

  1. Salam maulidur rasul juga kepada Kimi. Nabi Muhammad ialah contoh terbaik buat semua umat.

    ReplyDelete