Saturday 17 July 2010

_::Mantra::_

Mantra The Malaysian Horror Movie!

Mantra cerita yang bermula di kawasan kubur di mana Munir mengali seliang kubur seorang wanita yang telah mati dan akhirnya menjadi santapan munir akibat mendengar nasihat kawan baiknya, dan sekaligus ia merupakan perangkap kawannya yang bernama Hasbi, semasa Munir ditangkap di kawasan kubur itu, Munir telah bersumpah akan membalas dendam terhadap mereka yang telah menipunya, dan akhirnya Munir telah di penjara kan di sebuah tempat di mana tempat tersebut telah di lengkapi dengan hiasan surah2 Al-quran yang telah di buat oleh Ust. Fattah untuk pengamal ilmu hitam.

Semasa didalam penjara ini lah Munir telah berguru dengan seorang pengamal ilmu hitam yang berasal daripada Sumatra Indonesia, pada awalnya Munir tidak bersetuju untuk menuntut Ilmu hitam tersebut namun setelah ia menerima surat telegram yang dikirim oleh Isterinya yang memohon cerai daripadanya, akhirnya bisikan syaitan dan hasutan manusia terlaknat itu telah berjaya memujuk hati si Munir untuk menuntut Ilmu hitam itu.


Pada hari terakhir pengajiannya, Munir di minta untuk tidak berhenti melafazkan mantra yang selama ini di pelajari daripada gurunya untuk bertemu dengan "Kadam" yang bakal di miliki, ketika Munir semangat dan khusyuk melafazkan mantra tersebut, akhirnya pengamal berubatan tersebut menyuruh munir untuk menyantap tubuh si pengamal tersebut. Setelah hampir 10 Muharram, ilmunya yang ia pelajarinya telah menjadikan ia kuat dan sekaligus meningkatkan lagi semangatnya untuk membalas dendam. Pada ketika itu juga, isteri pak long nya telah terkena buatan orang yang sama seperti terkena oleh Ani iaitu Isterinya Munir. Jadi, Pak long meminta tolong pada Hasbi untuk menyembuh sumpahan itu. Hasbi telah meminta agar Pak Long mengorbankan Kambing untuk di jadikan korban.

Berita ini telah di ketahui oleh Munir, dan akhirnya membuatkan Pak Longnya bersetuju untuk menurut perintah Munir asalkan isterinya tidak memgalami menyakit itu lagi. Pak Longnya di minta untuk memadam kalimat-kalimat yang telah di hiasi di dinding lokap tersebut yang telah menghalang Kadamnya memasuki ke tempat itu, Kalimat tersebutnya berjaya di padam kan oleh Pak Long nya dan sekaligus membenarkan si kadamnya memasuki ke tempat tersebut dan Munir pun berjaya melarikan dirinya dengan mengunakan kadamnya.


Ceritanya tida berakhir di situ sahaja, ingin tahu
cerita selanjutnya pergilah menonton film tersebut di pawagam berhampiran.

No comments:

Post a Comment