Wednesday 7 April 2010

Wahai Teman Kita Sahabat

Wahai Teman,

Tatkala aku ingin meraih sebuah kejayaan,

Aku butuh dikau dalam perjuangan,

Berjuang demi mencari ilmu,

Berjuang demi melawan jahilku,

Berjuang demi menentukan waktu tuaku,


Wahai Teman,

Engkaulah Teman seperjuanganku,

Engkaulah teman sepengajianku.

Engkaulah sahabatku yang membantuku,

Engkaulah bahuku yang mengimbangkan jalanku,

Engkaulah insan terbait dalam doaku.


Wahai Teman,

Temanku yang ku sayangi,

Kita ke sini bertongkatkan nawaitu yang sama,

Bersama kita merungkai pengetahuan,

Bersama mengali ilmiah digedung pengetahuan para ilmuan

Bersama berganding bahu dalam membina kejayaan,

Kita bersengkang mata bersama-sama,

Ingin meraih pelajar gigih berusaha,


Wahai Teman,

Masihkah engkau ingat akan peristiwa itu,

Ketika kita baru bertentang mata,

Ketika malu melontarkan kata,

Hanya diam seribu bahasa,

Hanya berkata pada teman serupa,

Hanya berkata pada teman serumah kita,

Kerana malu menjadi punca.


Wahai Teman,

Kita tidak lagi canggung dalam berbicara

Kerana kita bagaikan saudara,

Tiada lagi erti kejanggalan dalam berjenaka,

Kerana kita adalah keluarga,

Kita yang dahulu malu bersuara,

Kini rancak meluahkan suara kata,

Riuh sekuliah bersuarakan kita,

Seluruh pensyarah pening kepala,

Melihat terlatah aksi kita yang gila,


Wahai Teman,

Aku cumalah sebuah pena, Tidak indah tanpa warna,

Aku sepi tanpa teman disisiku bersama,

Engkaulah warnaku yang menceriakan hidupku,

Engkaulah warna yang membuatkan pena berlagu ria,

Mencipta bait-bait indah yang berlagukan puitis riang,

Walaupun badai hampa menghunus jiwa,

Engkau hadir mengubat jiwa tatkala aku sedang nestapa,


Wahai Teman,

Tatkala hatiku mulai senang mengenalimu,

Taktala itu perpisahan mulai melanda,

Inginku nyatakan wahai sahabat,

bahawa engkau adalah kenanganku yang terindah,

pasti susah untukku melupaimu.


Wahai teman,

Sejujurnya inginku nyatakan bahawa kalian terindah buat diriku,

Walaupun adakalanya kita menyangkak hati sesama sendiri,

Demi mempertahankan egois diri sendiri yang tak pasti,

Tidak teguhku berdiri di menara gading ini,

Tanpa dirimu wahai temanku yang sejati,

Ku pasti akan rebah kerana tanpa tongkat yang menongkat.


Wahai teman,

Kini suratan takdir kembali lagi,

Kerna yang mula ada akhirnya,

Yang Pangkal ada Hujungnya,

Yang Hulu ada hilirnya,

Setiap pertemuan ada akhirnya,

Kini itulah suratan perpisahan bagi kita,


Wahai teman,

Selepas ini, tiada lagi gurauan senda darimu,

Tiada lagi gelak tawa darimu,

Tiada lagi usikan daripadamu,

Yang pasti aku akan menrinduimu.


Wahai teman,

Tiada yang indah dapatku akhiri,

Kerna perpisahan ini membuat hatiku sepi,

Namun setiap suratan tetap menjadi,

Aku teguhkan hatiku daripada terdengar isakan hati,

Daripada terdengar oleh kalian akan esakan diriku ini.


Wahai teman,

Maafkanlah silapku selama ini teman,

Tidak sempurna hidupku tanpa kemaafan darimu,

Ku susun sepuluh jariku ini memohon maaf akan diri ini,

Kini ku nyatakan hasratku ini yang mengunung tinggi,

Yang selama ini tertanam di lembah lautan tersembunyi,


Wahai Teman,

Iya Engkau, Engkau dan Engkau serta di kau adalah sahabat sejatiku

Tiada lagi menganti untuk dirimu kerana engkau adalah engkau,

Buat Tenaga mengajar, hanya terima kasih yang bisa diriku lafazkan,

Tidak dayaku membalas atas jasamu yang engkau anugerahkan kepadaku,

Terima kasih wahai pensyarahku atas gedung ilmumu.

Terima kasih wahai temanku, tanpa dirimu selama ini siapalah aku ini.



HASIL GARAPAN: MUHAMMAD AQMAL & NURAIN (MEK) 13

No comments:

Post a Comment