Tuesday, 27 April 2010

Orang Gila Barang Mainan Mereka

Sedang aku usha2 youtube dengan blog ini, terserempak aku dengan video2 pasal pesakit-pesakit kurang siuman yang kalau bahasa pasar yer orang panggil sebagai orang gila o.o, nak jadi sensasi yee pasal cerita ini dia orang pegi rakam gelagat mereka yang pada aku, sudah hilang akal bagi orang yg merakam dan mengupload video itu.

Sepatutnya ini bukan kerja yang patut dia orang buat, kalau pun mereka nak rakam untuk simpanan mereka itu tidak apa, mungkin pada saya tapi yang tidak elok yee bila somebody daripada diorg mengupload gelagat mereka yang tidak lagi menjadikan kita ketawa tetapi menjadikan kita benci lalu menghina kepada mereka yang merakam dan mengupload, dan ada yang x ley tahan itu siap tags untuk tontonan rakan-rakannya yang lain, yang konon yee sebagai bahan ketawa. I damn I

Tidak kurang hebatnya ada yang mengomen kat pengupload dengan kata2 yang bersifat menghina dan ketawa, apa korang tak fikir ke apa perasaan dia? mereka kurang siuman tapi korang tahu ke yang selebihnya pasal diorang. Kita ini dok sibok mengtetawakan orang kurang siuman tapi pada yang sama kita tak tahu barangkali syaitan ketawakan kita, sbb kita juga x ubah macam orang kurang siuman sbb kita tak guna akal bila buat sesuatu, bukan kah ia sama seperti orang yang tidak siuman? , maka fikir2 kanlah.

Sebagai seorang jururawat, doktor mahupun penjaga para pesakit sepatutnya mereka tidak mengambil kesempatan itu untuk menjadikan pesakit mereka sebagai bahan tawa, ini kerana bagi saya mereka masih lagi bergelar Hamba Allah dan masih lagi manusia, jadi hormat lah mereka selayaknya mereka sebagai manusia. Andaikan sahajalah anda di tempat mereka, apakah perasaan anda, mahukah anda dipelakukan seperti itu? anda bisa di saman atas mencabul maruah mereka atas sebab seperti itu. Tahukah anda, pihak keluarga mereka bisa memfailkan saman ke atas anda?

p/s: berfikir sejenak dapat menyelamatkan masa se-abad
tp korg boleh buat utk org yg xbertanggung jawap itu boleh >.<

links (utk korg observe):-

No comments:

Post a Comment