Saturday 17 April 2010

Fakta Tentang Malaysia

MALAYSIA

Negara
Persekutuan Malaysia terdiri dari Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.

Lokasi Geografi
Terletak antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan dari negeri Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand dan di Selatan, ialah negara jiran Singapura. Sabah dan Sarawak terletak di utara Indonesia di Borneo dan Sarawak turut berkongsi sempadan dengan Brunei.

Kawasan
329,758 km persegi

Populasi
27.17 juta

Ibu Negara
Kuala Lumpur

Rakyat
Kaum Melayu ialah 57% populasi sementara kaum China, India, bumiputra dan lainnya merangkumi rakyat Malaysia.

Bahasa
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi Bahasa Inggeris juga luas digunakan. Kumpulan etnik pribumi turut menggunakan bahasa dan dialek masing-masing.

Agama
Islam adalah agama rasmi negara, tetapi agama lain juga diamalkan.

Kerajaan
Malaysia ditadbir sebagai negara demokrasi berparlimen dengan sistem legislatif bicameral. Ketua negara adalah Yang Di-Pertuan Agong, jawatan yang ditukar setiap lima tahun di antara negeri-negeri Raja Melayu. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri.

Cuaca
Cuaca tropika sepanjang musim. Suhu di kawasan rendah adalah sekitar 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kawasan tinggi adalah lebih sejuk dengan suhu antara 15°C (59° F) ke 25°C (77°F). Purata hujan tahunan adalah 2,000mm ke 2,500mm.

Cuti Utama
Tahun Baru*, Hari Raya Aidiladha*, Hari Wilayah Persekutuan **, Tahun Baru China*, Awal Muharam*, Maulidur Rasul*, Hari Buruh*, Hari Wesak*, Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Agong*, Hari Kebangsaan* Deepavali# Hari Raya Aidilfitri* Krismas*
Perhatian: (*) - Cuti Kebangsaan (**) - Putrajaya, Kuala Lumpur & Labuan sahaja (#) - Kecuali Labuan & Sarawak

Profil Ekonomi
Sektor pembuatan adalah sektor terbesar menyumbang kepada ekonomi negara. Ini diikuti pelancongan dan komoditi utama seperti petrolium, kelapa sawit, getah asli dan balak sebagai penyumbang kepada ekonomi.

Jarak ke Malaysia

London, United Kingdom ke Kuala Lumpur : 6,557 batu (10,552 km)
Paris, Perancis ke Kuala Lumpur 6,483 batu (10,432 km)
Rome, Itali ke Kuala Lumpur : 6,038 batu (9,716 km)
Stockholm, Sweden ke Kuala Lumpur : 5,812 batu (9,353 km)
Berlin, Germany ke Kuala Lumpur : 5,979 batu (9,622 km)
Madrid, Sepanyol ke Kuala Lumpur : 6,885 batu (11,079 km)
New York, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur : 9,400 batu (15,126 km)
Los Angeles, USA ke Kuala Lumpur : 8,790 batu (14,144 km)
Vancouver, Kanada ke Kuala Lumpur : 7,944 batu (12,783 km)

Mata Wang
Unit matawang negara adalah Ringgit Malaysia ditulis sebagai RM. Nilainya kira-kira USD1 = RM3.40. Mata wang asing boleh ditukar di bank dan pengurup wang.

Waktu Perbankan
Kebanyakan negeri: Isnin - Jumaat: 9.30 pagi hingga 4.30petang. Sabtu & Ahad: Tutup (Sesetengah bank dan cawangan dibuka pada hari Sabtu). Kelantan & Terengganu: Ahad - Rabu :9.30 pagi hingga 4.30 petang. Khamis :9.30 pagi hingga 4.00 petang. Jumaat/Sabtu*/Cuti Umum: Tutup

Pejabat Pos
Dibuka dari 9.00 pagi ke 5.00 petang setiap hari, kecuali ditutup pada hari Sabtu pertama setiap bulan, Ahad dan cuti umum. Di Kelantan dan Terengganu pejabat pos beroperasi pada waktu sama, tetapi ditutup pada Jumaat dan cuti umum.

Masa
Lapan jam di hadapan GMT dan 16 jam di depan Waktu Piawai U.S.

Elektrik
Voltan ialah 220 - 240 volt AC pada 50 kitaran per saat. Plag piawai 3 pin segi empat dan soket.

Timbangan dan Ukuran
Malaysia mengikuti sistem metrik untuk timbangan dan ukuran.

Telefon
Panggilan tempatan boleh dibuat dari telefon awam menggunakan duit syiling atau kad prabayar. Panggilan antarabangsa juga boleh dibuat menggunakan kad telefon atau di mana-mana pejabat Telekom.

Penginapan
Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Taraf lima bintang, sederhana, hotel bajet, hostel pemuda, chalet pantai dan pangsapuri adalah antara kemudahan penginapan yang tersedia.

No comments:

Post a Comment