Tuesday, 27 April 2010

Sup Jari Anak Majikan

Entri yang kali ini mengisah seorang kanak-kanak yang melecur teruk sehingga tertanggal kulit dan kuku nya selepas didera oleh nanny yer yg dipercayai mencelupkan tangsa adik comel ini ke dalam sup panas.

KUALA LUMPUR: Hati mana yang tidak sebak tatkala melihat kedua-dua tangan seorang kanak-kanak comel berusia dua tahun melecur teruk hingga tertanggal kulit dan kuku selepas didera pengasuhnya yang dipercayai mencelupkan tangan mangsa dalam sup panas.

SAKIT...Chen Hui menunjukkan jari anaknya, Wee Leong yang melecur teruk.
SAKIT...Chen Hui menunjukkan jari anaknya, Wee Leong yang melecur teruk.
Bagaimanapun, rahsia penderaan itu hanya terbongkar dua hari selepas kejadian sebelum kanak-kanak terbabit dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini, akibat parah.


Lebih serius apabila doktor tidak menolak kemungkinan mangsa, Chua Wee Leong, 2, bakal cacat kekal pada jari tangan manakala luka luarannya pula mengambil masa lebih tiga bulan untuk pulih.


Bapa mangsa yang juga seorang pemandu teksi, Chua Chen Hui, 45, berkata kejadian menyayat hati itu hanya diketahui selepas pengasuh terbabit menghubunginya dan isteri pada 18 April lalu.


Menurutnya, mereka yang sibuk dengan kerja sebelum ini menghantar Wee Leong untuk dijaga pengasuh terbabit yang tinggal di Taman Tun Perak, Jalan Cheras-Kajang, dekat sini, sejak lebih sebulan lalu dengan bayaran RM900 sebulan.


“Ketika menghubungi kami kira-kira jam 11.30 malam, pengasuh dikenali sebagai Puan Lim memberitahu anak lelaki kami luka ringan melecur akibat terkena sup panas yang tertumpah ke tangannya.

“Bagaimanapun, wanita itu mendakwa luka anak saya tidak serius dan dia akan merawatnya sendiri. Namun saya yang tidak sedap hati pergi ke rumah pengasuh terbabit keesokan paginya,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong, semalam.

Menurutnya, pengasuh terbabit bagaimanapun menghalang mereka membawa pulang anaknya dengan alasan bimbang luka ‘ringan’ itu akan merebak dan dijangkiti kuman.

“Wanita terbabit memberitahu dia boleh mengurus kecederaan anaknya itu dan mengarahkan kami pulang. Kami yang panik hanya mengikut arahan wanita terbabit.

“Namun selepas dinasihatkan ahli keluarga, kami pergi semula ke rumah pengasuh terbabit pada Selasa lalu untuk mengambil anak saya,” katanya.


Menurutnya, dia membawa anaknya itu ke PPUKM sebelum doktor menahannya di Wad Kecemasan.


“Doktor memberitahu anak saya bukan luka biasa berikutan kesan melecur dialami tahap kedua menyebabkan seluruh kulit jari tangannya tertanggal.


“Malah, kecederaan itu turut menyebabkan tangan anak saya menggelembung dipenuhi nanah selain kukunya ‘gugur’ satu persatu,” katanya.

Menurutnya, anaknya ditahan empat hari dan diberi rawatan rapi.


“Bagaimanapun, setiap malam dia mengigau menjerit ketakutan seolah-olah mengalami mimpi ngeri. Saya yakin ada memori buruk yang bukan disebabkan kemalangan biasa menimpanya sebelum ini,” katanya.


Dia berkata, anaknya tidak dapat menggunakan semua jari tangan kecuali ibu jari tangan kanan.


“Dia tidak dapat lagi bermain seperti kanak-kanak lain berikutan semua jarinya dibalut,” katanya.


Menurutnya, dia sudah menemui pengasuh terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Pengasuh terbabit enggan mengaku sebaliknya mendakwa ia berpunca daripada kenakalan anak saya,” katanya.


Menurutnya, keadaan menjadi semakin ‘panas’ apabila suami pengasuh terbabit merendah-rendahkan maruahnya.


“Dia mencabar saya untuk mengambil tindakan lanjut kerana mendakwa mempunyai ramai rakan di kalangan peguam yang mampu membantunya di mahkamah. Saya membuat aduan di Balai Polis Cheras, Khamis lalu, bagi memastikan anak saya mendapat pembelaan,” katanya.

Article dia atas saya ambil di myMetro. Credit: MyMetro

No comments:

Post a Comment