Friday 14 August 2009

Biodato
Title (Japan): 1リットルの涙
Title (romanji): 1 Litre no Namida
Title (english): One Litre of Tears
Episodes: 11
Viewship Rating : 15.31
Genre: Human, Family, School
Cast: Sawajiri Erika, Nishikido Ryo, Narumi Riko,
Fujiki Naohito


Sinopsis:


Drama ini adalah adaptasi dari sebuah diari seorang gadis di Jepun bernama Aya Kito, yg menderita menghidap penyakit 'spinocerebellar ataxia' ketika berusia 15 tahun - satu penyakit yg tidak dapat diubati. Penyakit kejam ini akan menyebabkan mangsa tidak dapat berjalan, bercakap, menulis dan makan. Namun begitu, Aya tabah menghadapi hari-harinya dan berazam untuk terus hidup dgn puas. Sokongan keluarga membuatkan Aya terus kuat berlawan dgn penyakitnya, Aya terus menulis diari sehinggalah dia tak mampu untuk menulis lagi.

Setelah 10 tahun menderita, Aya pergi meninggalkan dunia, iaitu sewaktu berusia 25 tahun . - Diari Aya Kito terjual sebanyak 1.1 juta di JepunDi dalam drama ini ada ditambahkan watak Asou Haruto, sebagai kawan lelaki Aya yg selalu menyokong dan membantu Aya - ( watak ini diminta sendiri oleh ibu Aya Kito kerana anaknya tidak sempat untuk mempunyai teman lelaki ) . Aya seorang yg pintar dan aktif dalam sukan bola keranjang, merupakan anak sulung daripada 4 org adik beradik.


Dia menjadi contoh kpd adik-adiknya dan disayangi keluarga. Aya dan Asou Haruto bertemu di sekolah, semasa Aya terjatuh di kawasan letak basikal, dan selepas itu pula mereka menjadi rakan sekelas. Kehidupan gembira Aya berubah apabila dia disahkan menghidap penyakit 'spinocerebellar ataxia' , menyebabkan dia tidak dpt lagi aktif dalam sukan, tidak dpt berjalan seperti biasa sehingga memakai kerusi roda. Tak lama kemudian, Aya bertukar ke sekolah khas dan menamatkan persekolahannya di sana. Hubungannya dgn Asou tidak terputus walaupun berlainan sekolah, sehinggalah suatu hari Aya sendiri yg memutuskan hubungannya dgn Asou.. Mereka tidak bertemu selama 2 tahun. Tak lama kemudian, Asou bertemu dgn Aya di hospital dan membaca diari Aya seperti yg diminta oleh Aya.






Kesimpulannya



Cerita inikan cerita yang meruntun jiwa penonton, cerita memang elok kalau dijadikan satu mengiktibaran bagi sesiapa yang senasib seperti beliau dan ia juga boleh di jadikan contoh juga baginya sihat jua, walaupun beliau sakit tapi beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupan beliau. Anda perlu menyaksikan filem ini, kerna ia juga menyentuh nilai-nilai ikatan persahabatan.


sedih sedih sedih
aiwa (あいわ)
(T.T)

No comments:

Post a Comment