Showing posts with label Ramadhan n Puasa. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan n Puasa. Show all posts

Monday, 9 August 2010

Marhaban Ya Ramadhan



Marbahan 2, Marhaban ya Ramadhan.

Kepada pembaca blog saya ini ada kew??, saya mengucapkan selamat menyambut ketibaan
bulan yang berkat ini, dan semoga selamat menunaikan rukun Islam kita yang ke-3 ini.
dan semoga setiap amalan baik kita di bulan yang penuh dengan rahmat Allah ini,
diterima oleh Allah s.w.taala.

Rebutlah redha Allah ini, dan bersama kita menerokai bulan yang berkat ini.
Berpuasa lah kita kerana Allah s.w.taala sahaja dan jangan kita berpuasa kerana
terpaksa, ataupun sebagainya.

Rasulullah SAW telah bersabda bahawasanya :

Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan
ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

dan jangan nanti tak bangun sahur lak sbb penat, xeloklah sbb sahur itu ada kehebatannya.

Rasulullah SAW bersabda:
Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.
(H.R Ahmad)

Apa lagi kehebatan berpuasa d'dlm bulan Ramadhan?

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :
Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan
nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Betulkew, Al-Quran dan Puasa juga diberi peluang untuk membantu orang yg berpuasa ??

Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda:
'Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata,
'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari,
maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.'

Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari,
maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.'
( H.R Ahmad)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda:
'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.'
(H.R Ahmad)

Selamat Berpuasa!!

p/s: saya memohon maaf andai terkasar bahasa ataupun ada membuat anda terluka dek sbabkan kelakuan saya dan sbagainya, saya memohon maaf atas kesalahan saya itu. kepada anda yang ingin mengetahui sabda Nabi Muhammad s.a.w mengenai Puasa di bulan ramadhan si click -----> ku ingin tahu =)

Doa untuk berpuasa versi menyanyi



Doa untuk berbuka puasa versi menyanyi


Saturday, 19 September 2009

Hari- Hari Terakhir Ramadhan

Salam Perpisahan
Semoga tahun depan kita bakal berjumpa
insya Allah, Selamat Tinggal Bulan Mulia
Selamat Tinggal buatmu


Semoga Allah menerima ibadah kita yang kita lakukan
di dalam Bulan Ramadhan ini


Ingat siapa yang dah sembayang terawih itu
jangan pulak saat akhir ini ponteng pulak
x best lah dah buat hari - hari sebelumnya
tup-tup akhir2x pulak dia x solat terawih..
lengang masjid nanti..
mana tahu, akhir2x terawih ini pahala Allah
beri special skit ker.



Fakta Bukanlah Auta:


Fakta kenapa Sedih Meninggalkan Puasa


1. Syaitan dan Iblis Kembali Pulang
2. Pahala Berganda
3. Solat Terawih
4.
Nikmat Bersahur
5.
Nikmat Berbuka


Thursday, 17 September 2009

Majlis Sempena Kemerdekaan & Berbuka Puasa

I thought today, they want to make a Majlis Berbuka Puasa
because based on the information,
the college planned to celebrated the independent day at yesterday
but they was changed the planned by yesterday.
Actually I do not care about that cause i just came for
a full fill invited from a college and my friend
just that only

Actually it not look like a Majlis Sambutan Berbuka Puasa
but The Celebration of Independent Day
most domain tonight from a Majlis Berbuka Puasa
Maybe that is what they planned.
I hope all of us happy tonight
but actually i'm sad cause i cant found "you" tonight
actually the objective of i coming tonight is "you"
Saya nampak seseorg ang seakan perasaan tentang kedatangan saya
terima kasih tentang itu
CANTIK baju anda tadi
SMART CANTIK DAN MENARIK

Monday, 14 September 2009

cerita hari ini

Berabuk blog aku nie, KESIAN diew hahaha dah lama gaklah aku x update blogg tersayang aku ini. Maklumlah busy lah dengan keje, anyways today i'm offday apalagi just balas dendamlah "tido" tapi yang pelik yer tetap bagun pagi actually nak try bangun dlm tgh hari ker tapi xdpt, maybe mata ini dah di set kot.

Today all my family kena berkumpul
coz ada Majlis Berbuka Puasa bersama actually itu dah jadi macam adat rasmi keluarga kami sejak berzaman lagi menu mmg sedap lah yang paling terangkat adalah AYAM SATAY GORENG mmg terangkat sapa yang menjamahnya hihihihi and another part of best story today adalah i got my laptop wire back thank you akif coz keeping my wire properly actually skang ini aku online pakai laptop aku lerh hihihihi

HAPPY GILAK
hihihihihi (^.^)

anyways MU won kah kah kah suka betul aku.
Blahlah korang yang anti MU, Mu always glory hahahaha
We are The CHAMPION

Thursday, 3 September 2009

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Perggh......
dah lama x update blog ini cian diew, sude berabuk-habuk dah ini
mey sini, biar kamik housekeeping kat si nya. hahaha
tODAY, me cuti hope dapat lah pegi amik wire
laptop mmg dah lama xbuka laptop saya lama gilak

Sok keje noon
Actually semalam waktu kiteorang nak balik
terserempak seseorang ini
yang kelakar yer dia sebab dia bergeliat cara special skit
hope orang itu x marahlah
hihihihi
mmg kiteorang xleh tahanlah, terus gelak jerr
sah sah dia tahu kiteorang ketawa pasal dia
We seek you pardon,
Tapi dari rahut wajah dia, dia jenis yg baik
sorrylah kami janji xketawa lagi
br>
Semalam waktu buka, guwei makan Nasi Ayam BBQ
kat Avenue K (Uncle Hoo)
(Halal)
SEDAP GILE (^.^)
AIR MINUM, BIASALAH MINERAL WATER JEW
-SAVE BUDJET (NANTI NAK BAWAKlah DARI UMAH JEW)-

anyways just nak bgtew jew
SAYA ADA KAT RAPIDKL INTEGRASI
(RM 150)
-hahahaha mmg kaki menunjuk-(^^.")

Monday, 31 August 2009

nak cari duit lebih

berabuk berabuk berabuk sudah hahahaha as you known. Now is a economic drop (gawat) we shall search something that can save a budget cause of that i don't want to wait seminute don't wonderlah if akak ucu asked me for make a full i didn't wait for a seminute to give a answer, just in immediately i will answer "boleh" hahaha I need to shopping and bla bla, actually today is a off day but akak ucu asked me to come for work at a morning nevermind, today i went to klcc with my cousin at go back to home also with my cousin.

Today is my first day buka puasa dalam bus actually quick pelik for me but that is a some wonder memories huhuhuhuhuhu tomorrow her sister would working at 2nd floor good luck for her okay nothing to said, right now i just thinking about a bed and not a sleeping beauty but orgy hahaha. okay nothing to said and i end by aritcle today with Bismillahir Rahmanir Rahim and Assalammualaikum. See you soon (~.~)

Thursday, 20 August 2009

22 August 2009

Pada tarikh tersebut iaitu 22-08-2009
merupakan tarikh Istimewa bagi umat Islam
ini kerana pada tarikh tersebut merupakan tarikh
umat ISLAM mula berpuasa.
Pada hari sabtu ini, seluruh umat Islam bagi Negara Malaysia
akan mula berpuasa untuk menunaikan puasa
yang telah difardukan oleh Allah kepada umat Islam.
Selamat Berpuasa

Sempena Ramadhan

SEMPENA MENYAMBUT KE DATANGAN BULAN MULIA
BULAN RAMADHAN
Saya sisipkan sebuah lagu yang menarik
sebagai makanan telinga pembaca blog saya.
Saya berharap Ramadhan kali membawa sejuta perubahan pada saya
dan anda semua.
Marhaban bikum Ramadhan
JOM PUASA YANG DIFARDUKAN KE ATAS KITA
ARE YOU READY???

I HOPE YOU ENJOY THIS SONG (^.^)

.::PUASA PUASA PUASA::.

Wednesday, 12 August 2009

Ramadhan Coming Soon




Marhaban Bikum Ramadhan
Selamat Datang Buatmu Ramadhan


Pengenalan

Ramadan (b.Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari.

Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...” —
surah Al-Baqarah, ayat 185

Etimologi

Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

Penentuan awal Ramadan

Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab"). Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus.

Hadits dari Abi Hurairah radhiallahu ‘anhu, ia berkata:Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Berpuasalah kalian karena melihatnya (hilal) dan berbukalah karena melihatnya (hilal bulan Syawal). Jika kalian terhalang awan, maka sempurnakanlah Sya’ban tiga puluh hari.” (HSR. Bukhari 4/106, dan Muslim 1081) untuk mengetahui lebih lanjut sila lanjutkan bacaan anda di link ini http://syafii.wordpress.com/2007/05/09/penentuan-hilal-bulan-ramadhan-dan-syawal/

Peristiwa semasa Ramadhan

Turunnya al-Qur'an

Para
ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira'. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. (untuk pengatahui lebih lanjut sila layari: )

Lain-lain

Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini
. Antaranya:

10 Ramadan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
17 Ramadan 2 H: Perang Badar (624 M)

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



Dibawah ini, saya sisipkan niat sahur dan niat untuk berbuka


Niat puasa ramadhan :


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Niat Berbuka Puasa



allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.



Doa Puasa Doa Berbuka Puasa





Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

(^.^)